Cari Blog Ini

KedaiGambarKami {Official Website}

Khamis, 29 April 2010

Tempahan banner dan logo dihentikan sementara..

Utk makluman semua bakal pelanggan KedaiGambarKami, kami menghentikan pemngambilan tempahan bagi banner/header blog dan blog logo buat sementara bermula dari hari ini (29 April 2010) disebabkan oleh masalah teknikal.Pembukaan semula tempahan akan diumumkan kemudian.Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menempah sebelum tarikh ini, kami akan mencuba menyiapkan tempahan anda dalam tempoh 1-2 minggu lagi atau sehingga dimaklumkan nanti .Harap maklum.

Berikut adalah senarai tempahan blog banner/logo yang sedang dibuat(tempahan sebelum tarikh rehat sementara):
1.Afidah Arif(Golden Horse Cosmetics)-50% done
2.Mommy Lyna (blog badge for My SuperKids Forum)-draft sent, waiting for client reply
3.Ely Suhaili ( Blog Badge & Banner for Take Me Home)-50% done
4.Zety Marlia(blog badge for personal & Baby Corner)-80% done
5.Rose Lina(Blog badge personal-Rose please contact me for confirmation ok?)

Tempahan photobook berjalan seperti biasa.

Senarai pelanggan Triple Craziness Photobook Sale yang tamat pada 27 April (tidak termasuk senarai pelanggan yang menempah sebelum promo-boleh rujuk ke sidebar utk senarai penuh)baru-baru ini:

1.Mama Eja (1 Elegant hardcover 40 pages)
2.Miezaniera(1 Pocket photobook 40 pages dan 1 elegant Hardcover 20 pages)
3.Nurul wahidah (1 photobook pocket 20 pages)
4.Laila sani(1 Elegant hardcover 20 pages)
5.Firdaus alwi ( 2 elegant hardcover Photobook 20 pages)
6.Shaheerah ( 1 Photobook Pocket 20 pages)

Terima kasih atas pesanan anda. :)

Read more...

Selasa, 27 April 2010

Pakej-pakej KedaiGambarKami 2010(klik gambar untuk penerangan lanjut)

Read more...

Triple craziness April Deal!KedaiGambarKami Photobooks Sale!

Sticky mode hingga 27 April 2010

Promosi sah bermula hari ini sehingga 27 April 2010 sahaja
.Deposit hendaklah dibayar ketika booking.Boleh order dahulu, gambar hantar kemudian!(Dateline utk hantar CD gmbr kepada kami ialah pada 31 Julai 2010.Jadi anda ada masa selama lebih kurang 2-3 bulan utk mencari gambar2 yang sesuai!)

Langkah 1
Pilih photobook yang anda berkenan di hati

Langkah 2
Email kami di catlina7@yahoo.com dan kami akan berikan No. Akaun Maybank dan alamat utk pos CD gmbr2 anda.

Langkah 3
Buat pembayaran deposit mengikut jenis photobook

Langkah 4
Hantar CD gambar2 anda bila anda bersedia!(klik sini utk tutorial free online file sharing/uploader-tak perlu ke pejabat pos!)

Langkah 5
Selepas CD gambar2 anda dihantar, kami akan menyiapkan photobook anda dlm masa 2 - 4 minggu!


____________________________________________________________________

CRAZY DEAL NO. 1 :Softcover photobook pocket
8 x 6 inches landscape
20 pages
Fully printed covers
More than 20 pages background to choose
Comes with protective sleevebox
Normal Price :RM119.00

Crazy Deal Price!!!!!:
RM80.00 without page lamination
RM88.00 with page lamination( gloss/matte)
Please add RM6 for Postage (Poslaju)
(deposit RM50 upon booking)

CRAZY DEAL NO.2 : softcover photobook pocket II
8 x 6 inches landscape
40 pages
Fully printed covers
More than 20 pages background to choose
Comes with protective sleevebox
Normal Price: RM139.00

Crazy Deal Price!!:
RM119.00 without page lamination
RM129.00 with page lamination(gloss / matte)
Please add RM6.00 for Postage (Poslaju)
(deposit RM60 upon booking)

__________________________________________________________________


CRAZY DEAL NO. 3 : elegant debossed hardcover photobook
8.5 x 12 inches landscape
20 pages
Choices of black, blue,maroon, cream and purple for cover
(depends on stock-state the choice of colour upon order, unchangeable after ordered)
More than 20 pages background to choose
Comes with protective sleevebox
Normal Price: RM219.00

Price:
RM167.00 with page lamination (gloss/matte)
Please add RM8.00 for Postage (Poslaju)
(deposit RM80 upon booking)

KedaiGambarKami terms and conditions applied.

Read more...

Sabtu, 24 April 2010

MSK-1 Superkids Family Day


Alhamdulillah..semalam dah siapkan tag nama utk Mommy Lyna's MSK 1Superkids Family Day. Mommy Lyna ialah founder Malaysian SuperKid @ MSK(sape tak tau sila angkat kaki hehehe)dan juga merupakan my fellow Contributor kat Mombloggersplanet.KedaiGambarKami berpeluang jadi sponsor utk design tag nama ni.Thanks ye Mommy Lyna yang hujung nama dia sama dgn Catlina! :)..


Apa yang menarik kat Family Day ni?Haa kat bawah ni info dia...


INDOOR :
Aktiviti multi-skill untuk anak-anak – face painting, interactive story telling, origami, felt craft dan mewarna.
Talk dan demo daripada Malaysian Baby Wearers (MBW).
Bengkel ikatan tudung bersama Majalah NUR.
Sesi hati ke hati bersama Ms Maizawati (model, usahawanita, duta Avon).


OUTDOOR :
Bling-Bling Race yang semestinya heboh!
Demonstrasi dari Bling AutoSpa. Kilat kereta?
LAGI MENARIK?
PHDC. Yeah it’s the PLAYHOUSE DISNEY!
Clowns and balloons. Did I mention clownS? Yea ada 2 clown
Press. Oh yeah, event ini akan mendapat liputan pihak Harian Metro, Mingguan Wanita,NUR dan Pa&Ma.
Bintang AF akan turut serta!
Peluang bertemu blogger yang tersenarai dalam 50 Blog Terbaik Malaysia Pilihan InTrend.
Berpeluang shopping di gerai2 yang mengambil bahagian.


Tak cukup lagi? Datanglah sini untuk pengalaman yang lebih menarik !


Tarikh : 9 Mei 2010
Tempat : Wisma Bling Lustre, TanMing Bolevard, Tmn Meranti Jaya, Puchong (dari LDP exit Bandar Bukit Puchong/Tmn Putra Perdana).


JOM JOM JOM JOM!
Datanglah beramai2 ye. Tak kire blogger ke tak, ada anak ke tak, dah kahwin ke belum, ramai2 datang ke FAMILY NANTI.
Masuk adalah PERCUMA
ok..lepas ni sy nak gi amik tisu lap air mata sebab tak dapat pegi(Gathering MBP dulu pun tak dapat pegi..sy sedih ni..sob!sob!)
Info: KedaiGambarKami are available for sponsorship( gifts for contests and giveaways-personal or blogshoppe).Simply email me at catlina7@yahoo.com. Saya akan buat entry tentang sponsorship ni kemudian ye..

Read more...

Selasa, 20 April 2010

Little Precious Photography Blog Logo dan Header

Blog logo dan header ni dibuat khas untuk Little Precious Photography. Material untuk scrapbooking ni sy ambil dari Shabby Princess Free Scrapbooking dan diolah menggunakan sedikit imaginasi :).Kawan-kawan boleh cuba download template2 percuma yang boleh digunakan utk menghiasi gmbr anda , anak-anak atau keluarga. Shabby Princess Free Scrapbooking ni cuma untuk kegunaan personal ( sy buat percuma,as a gift utk Nard @ Little Precious Photography) dan bukan untuk tujuan komersil .

Read more...

Isnin, 19 April 2010

The Duchess: Mary Kay Consultant (Blog Badges)

Terima kasih buat rakan semengandung dan sebersalin(hihi) Catlina (her son Qaizer dilahirakn awal seminggu dari E-ein)iaitu Mommy Qastalani yang sudi menempah blog badges/logos bagi blog Mary Kay consultation beliau....Thank you Qas...








Come, visit her if you wanna consulatation about Mary Kay products and oh, her personal blog is here.

Read more...

Ahad, 11 April 2010

Tutorial menghantar gambar melalui free online file sharing Bhgn. 2


Tutorial bahagian 1 di sini.

Untuk bahagian kedua ini, anda perlu mendaftar/sign up di laman web www.yousendit.com . Yousendit merupakan sebuah laman perkongsian fail/folder bagi mereka yang perlu menghantar fail bersaiz besar tanpa mengunakan khidmat pos, cetakan atau burn dlm CD. Proses Sign up di Yousendit adalah lebih kurang sama dgn pendaftaran pada email seperti Yahoomail dan Gmail.

Setiap perkongsian fail di Yousendit (free account)membolehkan kita memuat naik fail sebanyak saiz 100MB.Jika kita inginkan kapasiti MB yang lebih byk, ia memerlukan pendaftaran akaun berbayar.Tetapi, bagi kami, 100MB kapasiti itu sudah cukup memuat kan dlm 80 - 100 keping gmbr bersaiz 1.0 MB setiap satu.Sekiranya anda mempunya fail bersaiz lebih dari 100MB, maka anda terpaksa menghantar fail itu melalui Yousendit lebih dari sekali.

Sebagaimana contoh pada tutorial sebelum ini - Tutorial menghantar gambar melalui free online file sharing bahagian 1, saiz file .zip yang telah didapati dlm contoh tersebut ialah 72MB dan ikutilah cara - cara di bawah untuk menghantar fail bersaiz besar dari 25 MB.(Akaun emel Yahoo kebiasaannya cuma boleh muat file bersaiz 25MB shj bagi satu email..)

1.Daftar dengan Yousendit.Isi maklumat yang diperlukan dan submit.

2.Klik Send File pada kotak di belah kiri anda.Isikan email penerima dan subjek / tajuk jika ada.
3.Browse file gambar yang diinginkan.Select file tersebut.Dalam contoh ini, sy browse pada "My Documents", seterusnya memilih file "gmbr e-ein"

(1.) browse (2.) find and select


4.Klik Yousendit pada kotak di bawah sekali.

5.Tadaa...apabila anda melihat paparan "sending in progress" , ia bermaksud file anda dalam perjalanan sampai ke penerimanya..semudah 1, 2,3, 4 dan 5 kan?

Tempoh sending mungkin mengambil masa dari 10 minit ke 2@3 jam, bergantung kepada saiz file.


Sekian, kami berharap tutorial ini dapat membantu serba sedikit ! ;)

Read more...

Khamis, 8 April 2010

Tutorial menghantar gambar melalui free online file sharing Bhgn. 1

Tutorial khas untuk pelanggan photobook, selain menghantar gambar di dalam CD, anda juga boleh menggunakan khidmat file sharing.Jika anda tahu cara menggunakan khidmat ini, maka anda tidak perlu ke pejabat pos!Terdapat dua software yang anda perlu gunakan dalam langkah ini iaitu WinZip dan YousendIt.

Bahagian 1:Mencipta file .zip dengan WinZip

Kebanyakan laptop dan komputer telah dilengkapi dgn software Winzip tetapi jika tiada, anda boleh dowload software ini.Tujuan membuat file .zip adalah supaya semua file atau folder2 yang anda nak hantarkan tu, terkandung dlm 1 file .zip sahaja.

1.Download Winzip dari sini (memerlukan sekurang-kurangnya 13.2 MB free space dlm komputer anda)

2.Mulakan Winzip(run file)

3.Klik "I Agree"(setuju) jika ini kali pertama anda menggunakan WinZip

4.Gunakan Classic Version jika ada.Boleh juga guna Wizard version (ade tutorial ringkas jika guna Wizard version).Klik butang "New" di bahagian atas sebelah kiri.Anda akan dapat melihat tetingkap "New Archive".
5."New Archive" ini ialah file .zip baru anda, namakan "New Archive" di ruangan "File Name" , dlm tutorial ini sy namakannya "gmbr e-ein1" dan disimpan dalam folder "My documents"

6.Klik "OK" dan anda akan dapat lihat sebuah window baru dibuka iaitu "Add".

7.Dalam window "Add" ini, pilih file atau folder yang anda kehendaki.Anda boleh pilih multiple files/folder dgn menekan butang "ctrl" pada keyboard komputer anda, setiap kali anda klik file/folder yang dikehendaki.

8.Setelah anda melihat kesemua file berada dalam archive baru anda, klik "Add" sekali lagi.

9.Bila nampak seperti di bawah, maknanya file .zip anda telah siap.Tutup Winzip.

10.Pergi ke My documents dan lihat fail .zip "gambar" telah dicipta.


Walaupun telah dibuat .zip fail, saiz folder ini masih besar iaitu 72MB yang mana tak muat kalau anda nak send by email(Contoh: akaun Yahoo email boleh send 25MB shj).


Akan datang sy akan membuat tutorial bagaimana cara utk upload fail .zip ini ke dalam online file sharing yang bernama Yousendit, yang mana anda boleh upload file bersaiz sehingga 100MB maximum dan boleh hantar kepada sy utk sy download gmbr2 tersebut :) dan jadikan ia dlm bentuk photobook. Kami berharap dgn perkongsian maklumat begini, para pelanggan kedai kami ni merasa lebih mudah utk menghantar gmbr secara online..tetapi, cara lama iaitu burn gmbr dalam CD dan pos pada kami masih terima.

(Yousendit cuma boleh menghantar file bersaiz 100MB maksimum jika kita menggunakan akaun percuma)

Sumber:
How to make a .zip file
How to compress a file with WinZip


Akan datang ~Bahagian 2: Menghantar file .zip bersaiz besar melalui Yousendit


Read more...

Isnin, 5 April 2010

Pocket Photobook II: Nurul Baizura

Fitriah Irda Ratna and Irdina Safiyyah 's photobooks.Sy berasa gembira dapat merealisasikan impian Puan Nurul utk mengumpulkan gambar2 anak-anaknya dlm photobook masing2.Sorry for some teeny weeny hiccup during the way of processing these photobooks.Glad U like my arrangements :).

Fitriah's photobook is in blue cover, while Safiyyah's is in pink.

Deskripsi produk: saiz 8.5 x 6 inci soft cover
ada protective sleeves box

matte linen texture lamination of pages




Read more...

Ahad, 4 April 2010

Blog Header : Happy Cloth Diapering (Miss Nuzula)

Rasanya, mommies yang men "CD"kan anak2 mereka, ramai yang dah kenal blogshop Happy Cloth Diapering milik Miss @ Kak Long Nuzula ni...Sy pun ade 4 keping CD velcro yang dibeli dari Happy Cloth Diapering ni.Rasa terharu juga bila dapat tempahan dari beliau dan sy rasa gembira dapat menyelesaikan masalah blog header yang asalnya tak menepati saiz blog beliau. Terdapat dalam 3 pilihan warna, akhirnya Miss Nuzula memilih header yang no.1. Semoga kita sama2 berjaya dlm bidang online business ye Kak Long! :)

Header 1

Header 2

Header 3

"akan datang: tutorial bagaimana mahu melihat saiz header yang betul pada blog anda"

Read more...

Sabtu, 3 April 2010

Senarai Harga Tempahan Blog Logo/Blog Badge

Baru berkesempatan nak meletakkan harga blog logo secara rasmi :)..ramai juga yg email tanyakan senarai harga ni.

Blog logo customised 125 x 125 (standard) : RM15.00 Designer : Catlina

Blog logo customised 125 x 250 : RM20.00 Designer : Catlina

Blog logo personalised 125 x 125: RM30.00 Designer : Cg Fly

Blog logo personalised 125 x 250 @ saiz yang anda minta :RM35.00 Designer: Cg Fly

*~Customised: design telah sedia ada
*~
Personalised: direka khas untuk pemilik blog satu-satunya
*~Setiap blog logo disertakan dgn HTML coding.

*~Satu tempahan mengambil masa 1 hingga 3 minggu untuk siap


Senarai harga blog header sy akan update kemudian...tgh siapkan poster promo ni hehe

Read more...

Khamis, 1 April 2010

KedaiGambarKami - AiVee Emart Best Photo Contest

The winners!YES, The Winners are here!!!!Congrats!

Grand Prize
1 hour outdoor photography session with KedaiGambarKami
(Term and condition applied-place decided by us)
Unlimited shots , photos in CD

Ada dua pemenang kerana 2 org juri mengatakan bhw mereka adalah favourite!Tahniah!

Awjan
Lailasani


1st prize
Infantino Jittery Jungle Fox from AiVee Emart
KedaiGambarKami e-voucher worth RM20

Diadili oleh juri kedua, pemenangnya ialah,

Miss Q


2nd - 4th place
KedaiGambarKami e-voucher worth RM10
Aivee emart e-voucher RM5

Special editionKey chain: AiVeeEmart

Diadili oleh juri pertama, pemenangnya,

Mama Eja
Ryne
Anin


Tambahan Hadiah:Saguhati (Hadiah misteri dari Catlina)

Mama Aerish


Tugasan terakhir(mcm cikgu lak haha), sila buat entry mengenai keputusan ini dan linkkan kami dalam entry tersebut ye?Para pemenang, sila contact sy di catlina7@yahoo.com , ok!Sertakan nama penuh, alamat dan no telephone.Mereka yang tidak menuntut hadiah dlm masa 3 minggu dari tarikh hari ini ( 1 April 2010), akan dibatalkan kemenangannya, hadiah akan diberikan kepada peserta lain yang mendapat undi tertinggi selain mereka di atas-ini betul2 bukan April Fool tau!

Tahniah lagi sekali buat semua yang bertuah dan doakan kejayaan KedaiGambarKami, kalau ade rezeki, kami buat contest lagi..:)

*Sesi Photoshoot bagi pemenang ialah pada bulan Mei/Jun.
** Aivee Emart e-vouchers are applicable for item priced RM30 onwards.
*KedaiGambarKami e-vouchers are applicable for product/package priced RM100 onward.
**Kami tidak menanggung sekiranya hadiah yang dipos rosak atau hilang dalam perjalanan.

TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT

Read more...

Mom Bloggers Planet

MySuperKids

My Super Kids

My flickr

www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos and videos from catlina7. Make your own badge here.

Credit

Sila maklum bahawa sesetengah imej diambil/diubahsuai dari Freevectors.net dan juga Free4illustrator.com

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008 | Kedai Gambar Kami JM0585327-H

Back to TOP