Cari Blog Ini

KedaiGambarKami {Official Website}

Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan

Ahad, 11 April 2010

Tutorial menghantar gambar melalui free online file sharing Bhgn. 2


Tutorial bahagian 1 di sini.

Untuk bahagian kedua ini, anda perlu mendaftar/sign up di laman web www.yousendit.com . Yousendit merupakan sebuah laman perkongsian fail/folder bagi mereka yang perlu menghantar fail bersaiz besar tanpa mengunakan khidmat pos, cetakan atau burn dlm CD. Proses Sign up di Yousendit adalah lebih kurang sama dgn pendaftaran pada email seperti Yahoomail dan Gmail.

Setiap perkongsian fail di Yousendit (free account)membolehkan kita memuat naik fail sebanyak saiz 100MB.Jika kita inginkan kapasiti MB yang lebih byk, ia memerlukan pendaftaran akaun berbayar.Tetapi, bagi kami, 100MB kapasiti itu sudah cukup memuat kan dlm 80 - 100 keping gmbr bersaiz 1.0 MB setiap satu.Sekiranya anda mempunya fail bersaiz lebih dari 100MB, maka anda terpaksa menghantar fail itu melalui Yousendit lebih dari sekali.

Sebagaimana contoh pada tutorial sebelum ini - Tutorial menghantar gambar melalui free online file sharing bahagian 1, saiz file .zip yang telah didapati dlm contoh tersebut ialah 72MB dan ikutilah cara - cara di bawah untuk menghantar fail bersaiz besar dari 25 MB.(Akaun emel Yahoo kebiasaannya cuma boleh muat file bersaiz 25MB shj bagi satu email..)

1.Daftar dengan Yousendit.Isi maklumat yang diperlukan dan submit.

2.Klik Send File pada kotak di belah kiri anda.Isikan email penerima dan subjek / tajuk jika ada.
3.Browse file gambar yang diinginkan.Select file tersebut.Dalam contoh ini, sy browse pada "My Documents", seterusnya memilih file "gmbr e-ein"

(1.) browse (2.) find and select


4.Klik Yousendit pada kotak di bawah sekali.

5.Tadaa...apabila anda melihat paparan "sending in progress" , ia bermaksud file anda dalam perjalanan sampai ke penerimanya..semudah 1, 2,3, 4 dan 5 kan?

Tempoh sending mungkin mengambil masa dari 10 minit ke 2@3 jam, bergantung kepada saiz file.


Sekian, kami berharap tutorial ini dapat membantu serba sedikit ! ;)

Read more...

Khamis, 8 April 2010

Tutorial menghantar gambar melalui free online file sharing Bhgn. 1

Tutorial khas untuk pelanggan photobook, selain menghantar gambar di dalam CD, anda juga boleh menggunakan khidmat file sharing.Jika anda tahu cara menggunakan khidmat ini, maka anda tidak perlu ke pejabat pos!Terdapat dua software yang anda perlu gunakan dalam langkah ini iaitu WinZip dan YousendIt.

Bahagian 1:Mencipta file .zip dengan WinZip

Kebanyakan laptop dan komputer telah dilengkapi dgn software Winzip tetapi jika tiada, anda boleh dowload software ini.Tujuan membuat file .zip adalah supaya semua file atau folder2 yang anda nak hantarkan tu, terkandung dlm 1 file .zip sahaja.

1.Download Winzip dari sini (memerlukan sekurang-kurangnya 13.2 MB free space dlm komputer anda)

2.Mulakan Winzip(run file)

3.Klik "I Agree"(setuju) jika ini kali pertama anda menggunakan WinZip

4.Gunakan Classic Version jika ada.Boleh juga guna Wizard version (ade tutorial ringkas jika guna Wizard version).Klik butang "New" di bahagian atas sebelah kiri.Anda akan dapat melihat tetingkap "New Archive".
5."New Archive" ini ialah file .zip baru anda, namakan "New Archive" di ruangan "File Name" , dlm tutorial ini sy namakannya "gmbr e-ein1" dan disimpan dalam folder "My documents"

6.Klik "OK" dan anda akan dapat lihat sebuah window baru dibuka iaitu "Add".

7.Dalam window "Add" ini, pilih file atau folder yang anda kehendaki.Anda boleh pilih multiple files/folder dgn menekan butang "ctrl" pada keyboard komputer anda, setiap kali anda klik file/folder yang dikehendaki.

8.Setelah anda melihat kesemua file berada dalam archive baru anda, klik "Add" sekali lagi.

9.Bila nampak seperti di bawah, maknanya file .zip anda telah siap.Tutup Winzip.

10.Pergi ke My documents dan lihat fail .zip "gambar" telah dicipta.


Walaupun telah dibuat .zip fail, saiz folder ini masih besar iaitu 72MB yang mana tak muat kalau anda nak send by email(Contoh: akaun Yahoo email boleh send 25MB shj).


Akan datang sy akan membuat tutorial bagaimana cara utk upload fail .zip ini ke dalam online file sharing yang bernama Yousendit, yang mana anda boleh upload file bersaiz sehingga 100MB maximum dan boleh hantar kepada sy utk sy download gmbr2 tersebut :) dan jadikan ia dlm bentuk photobook. Kami berharap dgn perkongsian maklumat begini, para pelanggan kedai kami ni merasa lebih mudah utk menghantar gmbr secara online..tetapi, cara lama iaitu burn gmbr dalam CD dan pos pada kami masih terima.

(Yousendit cuma boleh menghantar file bersaiz 100MB maksimum jika kita menggunakan akaun percuma)

Sumber:
How to make a .zip file
How to compress a file with WinZip


Akan datang ~Bahagian 2: Menghantar file .zip bersaiz besar melalui Yousendit


Read more...

Mom Bloggers Planet

MySuperKids

My Super Kids

My flickr

www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos and videos from catlina7. Make your own badge here.

Credit

Sila maklum bahawa sesetengah imej diambil/diubahsuai dari Freevectors.net dan juga Free4illustrator.com

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008 | Kedai Gambar Kami JM0585327-H

Back to TOP