Cari Blog Ini

KedaiGambarKami {Official Website}

Memaparkan catatan dengan label Terma dan Syarat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terma dan Syarat. Papar semua catatan

Isnin, 18 Julai 2011

Terma & Syarat Tempahan Pakej Perkahwinan KedaiGambarKami

Pakej:

1.Harga pakej adalah tetap.

2.Harga tidak termasuk caj bagi tugasan di luar kawasan Kluang.

3.Pertukaran pakej adalah tidak dibenarkan bagi pelanggan yang telah membayar deposit kecuali bagi pakej yang lebih tinggi harganya dari pakej asal.

4.Pelanggan boleh memohon untuk mengubahsuai pakej mengikut budget , hanya setelah dipersetujui oleh pihak KedaiGambarKami.




Caj Luar Kawasan(Mileage & Penginapan)

1.Caj ini merangkumi petrol/mileage mengikut kilometer,tol semasa dan penginapan(sekiranya berkenaan).

2.Caj ini boleh dirunding mengikut kadar semasa.




Tempahan

1.Tempahan boleh dibuat antara 1 hingga 5 bulan sebelum majlis dan tertakluk kepada kekosongan tarikh tersebut.

2.Tempahan dikira rasmi dan resit akan dikeluarkan selepas deposit diterima.

3.Baki pembayaran hendaklah dibuat selepas album siap, sebelum atau semasa penghantaran album(sebelum penghantaran sekiranya melibatkan urusan penghantaran melalui pos/kurier).

4.Tarikh tempahan tidak boleh ditukar melainkan terdapat kekosongan pada tarikh yang dikehendaki.




Deposit dan Bayaran

1.Deposit adalah sebanyak 50% dari harga penuh pakej.

2.Sekiranya PELANGGAN MEMBATALKAN TEMPAHAN selepas deposit dibayar, deposit TIDAK AKAN DIPULANGKAN dan dikira hangus.

3.Deposit boleh dibayar tunai (by hand) atau (online transfer).

4.No. akaun akan diberi setelah pelanggan bersetuju dengan pakej yang dikehendaki.

5.Pelanggan disarankan menggunakan Maybank2u bagi urusan pembayaran secara online bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan.

6.KedaiGambarKami berhak menahan penghantaran album bagi kelewatan menyelesaikan pembayaran baki.




Foto

1.Proses dan cara suntingan gambar adalah tertakluk kepada gaya KedaiGambarKami.Pelanggan boleh memberi cadangan untuk ini tetapi KedaiGambarkami berhak menolak sekiranya ia bercanggah dengan gaya, rekabentuk dan stail KedaiGambarKami.

2.Semua foto pelanggan adalah hakmilik KedaiGambarkami dan kami berhak menggunakannya dalam portfolio atau untuk sebarang tujuan promosi.

3.Semua foto pelanggan dalah hakmilik mutlak pelanggan KedaiGambarKami.Anda berhak menggunakan gambar-gambar yang telah diedit sahaja samada untuk dimuat naik ke laman web/blog/Facebook/laman sosial yang lain/memasuki pertandingan . Kami akan bersukacita sekiranya pelanggan memberi kredit kepada KedaiGambarKami di laman web/sosial tersebut. Utk tujuan reprint/ulang cetak, pelanggan bebas mencetak mana-mana gambar yang dikehendaki.

4.Softcopy gambar-gambar pelanggan akan disimpan oleh pihak kami selama tempoh maksimum 3 bulan dari tarikh majlis.Sekiranya salinan softcopy gambar-gambar dalam simpanan pelanggan hilang/rosak, sila kemukakan permohonan untuk salinan baru dalam tempoh tersebut sahaja.




Album dan Penghantaran

1.Tempoh menunggu ialah sekurang-kurangnya 30 hari dari tarikh majlis dan mengikut giliran pengantin.

2.Sekiranya album telah siap dan pelanggan gagal/lewat membuat bayaran baki, KedaiGambarKami akan mengenakan caj penyimpanan album sebanyak RM15 per minggu(5 hari bekerja).

3.Kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan dan sekiranya kelewatan tidak dapat dielakkan dari pihak KedaiGambarKami lebih dari 14 hari bekerja, pihak kami akan memberikan saguhati berupa 1 keping gambar bersaiz 11R beserta dengan frame bernilai RM100.00 kepada pelanggan.

3.Penghantaran adalah by hand bagi daerah Kluang.Bagi pelanggan di luar kawasan Kluang, anda digalakkan mengambil sendiri album .Jika memerlukan khidmat pihak kami untuk penghantaran, caj mileage (petrol) akan dikenakan.Perkhidmatan poslaju atau kurier juga boleh dibuat (mengikut kadar semasa) bagi pelanggan di luar daerah Kluang.




Sekian harap maklum


Catlina

Admin

www.kedaigambarkami.com

http://kedaigambarkami.blogspot.com

Facebook:KedaiGambarKami

Read more...

Khamis, 2 Jun 2011

Update: Terma & Syarat Bagi Tempahan Photobook/Custom Album (Ala Carte without photography packages)

Salam siaran....terima kasih kepada semua pengunjung KedaiGambarKami yang setia memberikan sokongan kepada kami . Utk entry kali ni kami ingin mengumumkan syarat2 baru mengenai Terma & Syarat bagi pembelian photobook dan custom album ( ala carte-tanpa wedding packages). Kami terpaksa berbuat demikian di atas beberapa sebab atau peristiwa yang telah muncul sepanjang 2 tahun ini.Sila ambil perhatian bagi Terma & Syarat2 di bawah:
(tertakluk kepada semua tempahan samada yang sedia ada atau yang baru,kecuali dinyatakan sebaliknya di entry promo/iklan dsb)


1. Deposit 50% hendaklah dijelaskan semasa tempahan, dan baki 50% sebelum delivery dibuat.

2.Gambar-gambar utk photobook(dalam CD atau email guna Zip File) hendaklah dihantar dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh byrn deposit.Sekiranya gagal berbuat demikian, tempahan anda dibatalkan tanpa notis.

3. Rekabentuk dan pilihan background adalah hakmilik mutlak pereka photobook/custom album kami. Pelanggan boleh memberikan idea untuk tempahan anda tetapi kami berhak menolak cadangan tersebut sekiranya didapat bercanggah dengan rekabentuk.gaya atau tatacara kerja kami.

4. Pelanggan boleh mengubah draf photobook kali pertama sekiranya diperlukan. Sebarang perubahan kali kedua hendaklah berkaitan dengan perubahan yang pertama .Sebarang perubahan bagi kali ketiga dan seterusnya dikenakan caj RM10 per muka surat.

5. Sebarang photobook atau custom album yang telah disiapkan hendaklah dituntut dalam masa 7 hari bekerja selepas ia diumumkan telah disiapkan.Caj penyimpanan sebanyak RM10 dikenakan sekiranya berlaku kelewatan menjelaskan baki bayaran selama seminggu selepas tempoh itu.Sekiranya masih berlaku kelewatan setelah 14 hari bekerja, caj penyimpanan dikenakan sebanyak RM2 /hari lewat.

Want to hire us?Call 0137449963 (Catlina) or 0197433093 (Cg Fly)or email catlina7@yahoo.comBrought by Kedai Gambar Kami JM 0585327-H

Read more...

Mom Bloggers Planet

MySuperKids

My Super Kids

My flickr

www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos and videos from catlina7. Make your own badge here.

Credit

Sila maklum bahawa sesetengah imej diambil/diubahsuai dari Freevectors.net dan juga Free4illustrator.com

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008 | Kedai Gambar Kami JM0585327-H

Back to TOP