Cari Blog Ini

KedaiGambarKami {Official Website}

Khamis, 8 April 2010

Tutorial menghantar gambar melalui free online file sharing Bhgn. 1

Tutorial khas untuk pelanggan photobook, selain menghantar gambar di dalam CD, anda juga boleh menggunakan khidmat file sharing.Jika anda tahu cara menggunakan khidmat ini, maka anda tidak perlu ke pejabat pos!Terdapat dua software yang anda perlu gunakan dalam langkah ini iaitu WinZip dan YousendIt.

Bahagian 1:Mencipta file .zip dengan WinZip

Kebanyakan laptop dan komputer telah dilengkapi dgn software Winzip tetapi jika tiada, anda boleh dowload software ini.Tujuan membuat file .zip adalah supaya semua file atau folder2 yang anda nak hantarkan tu, terkandung dlm 1 file .zip sahaja.

1.Download Winzip dari sini (memerlukan sekurang-kurangnya 13.2 MB free space dlm komputer anda)

2.Mulakan Winzip(run file)

3.Klik "I Agree"(setuju) jika ini kali pertama anda menggunakan WinZip

4.Gunakan Classic Version jika ada.Boleh juga guna Wizard version (ade tutorial ringkas jika guna Wizard version).Klik butang "New" di bahagian atas sebelah kiri.Anda akan dapat melihat tetingkap "New Archive".
5."New Archive" ini ialah file .zip baru anda, namakan "New Archive" di ruangan "File Name" , dlm tutorial ini sy namakannya "gmbr e-ein1" dan disimpan dalam folder "My documents"

6.Klik "OK" dan anda akan dapat lihat sebuah window baru dibuka iaitu "Add".

7.Dalam window "Add" ini, pilih file atau folder yang anda kehendaki.Anda boleh pilih multiple files/folder dgn menekan butang "ctrl" pada keyboard komputer anda, setiap kali anda klik file/folder yang dikehendaki.

8.Setelah anda melihat kesemua file berada dalam archive baru anda, klik "Add" sekali lagi.

9.Bila nampak seperti di bawah, maknanya file .zip anda telah siap.Tutup Winzip.

10.Pergi ke My documents dan lihat fail .zip "gambar" telah dicipta.


Walaupun telah dibuat .zip fail, saiz folder ini masih besar iaitu 72MB yang mana tak muat kalau anda nak send by email(Contoh: akaun Yahoo email boleh send 25MB shj).


Akan datang sy akan membuat tutorial bagaimana cara utk upload fail .zip ini ke dalam online file sharing yang bernama Yousendit, yang mana anda boleh upload file bersaiz sehingga 100MB maximum dan boleh hantar kepada sy utk sy download gmbr2 tersebut :) dan jadikan ia dlm bentuk photobook. Kami berharap dgn perkongsian maklumat begini, para pelanggan kedai kami ni merasa lebih mudah utk menghantar gmbr secara online..tetapi, cara lama iaitu burn gmbr dalam CD dan pos pada kami masih terima.

(Yousendit cuma boleh menghantar file bersaiz 100MB maksimum jika kita menggunakan akaun percuma)

Sumber:
How to make a .zip file
How to compress a file with WinZip


Akan datang ~Bahagian 2: Menghantar file .zip bersaiz besar melalui Yousendit


0 ulasan:

Mom Bloggers Planet

MySuperKids

My Super Kids

My flickr

www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos and videos from catlina7. Make your own badge here.

Credit

Sila maklum bahawa sesetengah imej diambil/diubahsuai dari Freevectors.net dan juga Free4illustrator.com

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008 | Kedai Gambar Kami JM0585327-H

Back to TOP